Khamis, Ogos 23, 2012

Tentera Syria serang Damsyik




MEJ yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah kereta kebal tentera Syria di kawasan perumahan Nahr Aishe, Damsyik semalam

AMMAN - Tentera Syria menyerang selatan ibu kota Damsyik dengan menggunakan helikopter dan mesingan semalam dalam pertempuran dengan para pemberontak.Serangan itu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan Presiden Syria, Bashar Al-Assad di bandar raya tersebut selepas 17 bulan kebangkitan rakyat berlaku.
Tentera Syria turut menggunakan kereta-kereta kebal dalam serangan tersebut.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan 18,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat berlaku di negara tersebut pada Mac lalu.
Menurut para aktivis anti-Bashar, seramai 47 orang terbunuh di Damsyik.Mereka menganggap ia merupakan serangan terbesar tentera Syria dalam bulan ini.

"Seluruh Damsyik bergegar dengan bunyi dentuman," kata seorang wanita di Kfar Souseh.
Menurut beberapa aktivis, seramai 22 orang terbunuh di Kfar Souseh dan 25 lagi di daerah berdekatan, Nahr Eisha.
Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalan beliau melaksanakan pembaharuan politik dan hak-hak asasi manusia. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k