Ahad, Februari 17, 2013

[Gambar] Pesawat F-22 Raptor Alami Kerosakkan Kokpit, Juruterbang Terkurung Dalam Pesawat


Pesawat tempur jenis F-22 Raptor yang dibangunkan oleh syarikat aeronautik terkemuka dunia, Lockheed Martin milik Tentera Udara AS merupakan pesawat tempur paling canggih pernah dicipta..Walaubagaimana pun, disebalik kecanggihan teknologi yang ada, ia masih tidak terlepas daripada kegagalan teknikal sehingga menyebabkan seorang juruterbangnya terkurung di dalam kokpit..Kejadian ini sangat jarang berlaku sebelum ini..inilah membuktikan segala ciptaan manusia adalah tidak sempurna, melainkan ciptaan Allah SWT jua yang sempurna

Menurut laporan yang didedahkan pihak Tentera Udara semasa taklimat yang dberikan sebelum operasi POGO (Project On Government Oversight), sebuah pesawat tempur F-22 Raptor di Pengkalan Tentera Udara Langley menunjukkan cermin kokpit pesawat tidak boleh dikunci.

Walaubagaimana pun, selepas beberapa cubaan menutup dan membuka cermin kokpit berkenaan, ia terus terkunci dan tersekat hingga menyebabkan seorang juruterbang terperangkap di dalamnya.

Berdasarkan taklimat itu lagi, Unit Penyelenggaraan Pesawat Ke-27 kemudiannya terpaksa berunding dengan pihak syarikat Lockheed Martin dan Pejabat Program & Sistem F-22A bagi menentukan kaedah alternatif untuk membuka kokpit dan menyelamatkan juruterbang.

Misi menyelamat tersebut berakhir kira-kira 5 jam kemudian dengan menggunakan "cara alternatif" yang murah seperti di bawah ini. Kos untuk menggantikan kanopi tersebut menurut taklimat adalah sebanyak US$182,205.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k