Khamis, Februari 28, 2013

PENEMBAK HENDAP LAGENDA USA MATI DITEMBAK DI LAPANGAN SASAR



Kisah Chris Kyle (39) adalah seorang bekas Seal Team Three menjadi penembak hendap paling handal dalam sejarah ketenteraan USA kerana berjaya membunuh 255 musuh sepanjang beliau ditugaskan di Iraq. Kehebatan beliau menjadi igauan pejuang Iraq sehingga beliau diberikan nama samaran Si Syaitan Ramadi. Selepas perang berakhir beliau melakukan banyak acara untuk mengutip derma untuk bekas askar yang pernah berkhidmat.

Nyawa Chris Kyle melayang semalam selepas beliau ditembak mati ketika menghadiri sebuah acara amal di sebuah lapang sasar di Texas. Beliau ditembak dari jarak dekat oleh Eddie Ray Routh (25), seorang bekas askar yang dikatakan mengalami masalah tekanan paska-traumatik.  Turut ditembak ialah seorang lagi teman Chris yang menghadiri acara yang sama.

Kematian beliau mengejutkan komuniti setempat dan menjadi tamparan hebat kepada pejuang hak istimewa memiliki senjata oleh rakyat Amerika Syarikat. Sejak kebelakangan ini kes kematian dan keganasan melibatkan penggunaan senjata api semakin kronik. Ada pihak mahukan Presiden Obama mengetatkan undang-undang yang sedia ada. Tetapi pihak anti-senjata ini mendapat pro-senjata kerana hak bersenjata adalah sesuatu yang meraka anggap tidak boleh diubah seperti hak istimewa orang Melayu di Malaysia.

Di akhir hari ada ironi dalam cerita ini. Chris Kyle, seorang penembak hendap terkenal di tembak oleh seorang bekas Askar dari jarak dekat menggunakan pistol biasa. Karma?





 

sumber : KLIK SINI


1 ulasan:

  1. Terlalu banyak yang syahid ditangannya..Allahu hu Akbar...akhirnya dengan peluru jugak Allah cabut nyawanya.

    BalasPadam

t

k