Proses Pembuatan Beg Tangan Daripada Kulit Ular Di Indonesia:Tahun ini 2013 ialah merupakan Tahun Ular mengikut kalender Cina. Atas faktor ini, hidangan eksotik daripada ular seperti sup ular menjadi pilihan masyarakat penganut Buddha bagi memperoleh kesihatan dan nasib yang baik. Selain di buat sup, kulit ular juga boleh di jadikan aksesori seperti beg tangan bagi golongan wanita. Misalnya di Indonesia, Kampung Kapetakan, Ciribon wilayah Jawa Barat di Indonesia merupakan lokasi utama pembuatan beg tangan daripada kulit ular. Ular dewasa yang terpilih dari spesies tedung, sawa, batik merupakan antara spesis ular yang menjadi pilihan untuk di buat beg tangan kerana kulit ular ini tahan lama dan mempunyai corak yang cantik.
Sebagai permulaan, ular-ular akan di basuh dan kemudiannya akan di belah pada bahagian perut bagi mengeluarkan isi. Ular ini kemudiannya akan di rendam dengan air suam bercampur dengan garam bagi membuang bau hanyir. Setelah itu, ular-ular ini akan di salai di atas bara api dalam tempoh 13 ke 14 jam bagi mengeringkannya sebelum proses memisahkan kulit ular dilakukan. Setelah selesai proses memisahkan kulit ianya akan di jemur seketika dan kemudiannya akan di hantar ke kilang untuk di jadikan beg tangan. Kos pembuatan beg tangan ular ini ialah di antara $USD 15 (Rm 55) sehingga $USD 31 (RM 116) bergantung kepada saiz. Sekarang mari lihat proses pembuatan beg tangan daripada kulit ular di Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan