Sabtu, Februari 23, 2013

Perlawanan Kelantan vs Pahang Liga Super malam ini




Foto
Keita Mandjou menjadi harapan The Red Warriors malam ini

Gambar: Saksikan pertembungan hebat "Pantai Timur" malam ini......

Perlawanan tumpuan bola sepak Liga Super malam ini yang disiarkan siaran langsung melalui Astro Arena ( saluran 801) antara Pahang vs Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur sangat menarik minat penyokong-penyokong kedua-dua pasukan di pantai timur tersebut. The Red Warriors yang baru  mendapat suntikan semangat selepas menewaskan pasukan Terengganu pastinya akan berkobar-kobar untuk sedaya upaya menjinakkan pasukan Tok Gajah di stadium lawan. Namun begitu pastinya bukan mudah untuk melakukannya seandainya tidak berhati-hati dengan corak permainan yang pantas yang diterapkan oleh jurulatih Pahang, Dolah Salleh.

The Red Warriors yang masih bergelut dengan 2 kemenangan saja selepas 8 kali bermain ( termasuk malam ini) pastinya berkobar-kobar untuk mengembalikan keyakinan peminat-peminat The Red Warriors untuk kembali ke stadium. Pastinya jurulatih Bojan Hodak mempunyai resipi tertentu bagi melancarkan corak serang dan bertahan.

Pasukan Pahang yang mempunyai penyerang seperti Alex Azamuddin Akil), Fauzi Rozlan, dan R. Surendran, Hafiz Kamal serta Faizol Hussin pasti sedaya upaya akan cuba merobek gawang gol. Saya mengharapkan gandingan Keita Mandjou, Indra Putra Mahayuddin serta Faiz Subri ( jika diturunkan malam ini) dapat membuahkan kemenangan. Kemenangan dengan Pahang sangat penting buat The Red Warriors.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k