Khamis, Februari 14, 2013

[ BERITA ] anak gadis diperkosa depan ibu di Batu Pahat



pix_topright

Puan Mah menunjukkan tempat anak gadisnya diperkosa kepada pihak polis

Foto

MAH melakonkan semula bagaimana penjenayah mengugut untuk menyembelihnya.


Batu Pahat: Sambil tangan dan kakinya diikat, mulut pula disumbat kain, seorang ibu hanya mampu menahan pilu melihat anak gadisnya dirogol penyamun yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di Sri Gading, di sini kelmarin.

Kejadian jam 3.30 pagi ketika wanita berusia 59 tahun itu tidur di ruang tamu kediaman berkenaan bersama anak bongsunya berusia 27 tahun apabila mereka dikejutkan dua lelaki bersenjatakan parang dan pisau.
Diseret 10 meter

Penjenayah kemudian mengikat kaki dan tangan wanita terbabit, manakala mulutnya disumbat kain. Suspek turut mengancam menyembelih mangsa jika enggan menyerahkan wang serta barangan berharga, menyebabkan wanita itu menyerahkan wang simpanannya RM200.

Kedua-dua lelaki terbabit kemudian mengheret wanita itu dan anak gadisnya sejauh kira-kira 10 meter ke semak di kawasan kebun sawit di belakang rumah sebelum memisahkan dua beranak berkenaan pada jarak empat meter.

Ketika di kawasan semak itu, wanita berkenaan melihat seorang daripada suspek bergelut dengan anaknya selama 10 minit sebelum kedua-dua penjenayah itu masuk semula ke dalam rumah dipercayai untuk mencari lain-lain barangan berharga.

Mangsa berjaya melepaskan ikatan tidak lama kemudian lalu bergegas mendapatkan anaknya sebelum mereka ke rumah jiran tidak jauh dari situ. Gadis terbabit yang juga graduan sebuah universiti tempatan tetapi masih menganggur dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini untuk pemeriksaan yang kemudian mendapati dia dirogol.
Tubuh pasukan khas

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat serta memburu suspek kes samun dan rogol itu yang dipercayai warga tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Datuk Aziz Kaprawi yang melawat keluarga berkenaan, berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan termasuk memohon rumah baru yang lebih selamat bagi menggantikan rumah usang didiami dua beranak itu yang sebenarnya sudah dalam senarai untuk dibaik pulih


sumber : Klik Sini.


1 ulasan:

  1. kejamnnya udahlah keluarga ni miskin, tambah lagi kesusahan bagi dia orang.

    BalasPadam

t

k