Rabu, Februari 20, 2013

[ 10 gambar ] JOM LIHAT SEKOLAH TERAPUNG ANTI BANJIR DI LAGOS, NIGERIA


Di Lagos Nigeria terdapat sebuah tasik yang didiami masyarakat Makoko. Mereka membina rumah di atas tasik sejak turun temurun. Sejak kebelakangan ini paras air tasik semakin naik dan kos membina rumah baru dengan tiang yang lebih tinggi tidak mampu dilakukan oleh kebanyakkan penduduk. Bagi menyelesaikan masalah ini sebuah prototaip sekolah terapung dibina oleh jurubina  Kunle Adeyemi. Beliau menggunakan 100 tong plastik untuk menhasilkan platform terapung yang kemudiannya menjadi tapak sebuah sekolah. Bangunan sekolah dua tingkat ini mampu menampung 100 orang pelajar pada satu-satu masa. Bekalan elektrik dihasilkan menggunakan panel solar dan air hujan dikumpul untuk kegunaan harian. Rancangan panjang Kunle Adeyemi ialah bagi membina komuniti terapung kaum Makoko yang boleh berubah mengikut ketinggian paras air. Tiada lagi masalah banjir!



2 ulasan:

  1. menarik untuk dipraktikkan memandangkan harga hartanah yang melambung-lambung kat msia nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. cadangan yg baik tu kak baery....tq komen sini

      Padam

t

k