Jumaat, Februari 08, 2013

Selamat Bertugas Di Tempat Baru Kak Fatimah







Saya mengucapkan selamat bertugas di tempat baru buat Cikgu Fatimah bt.Zakaria, atau lebih mesra saya memanggilnya Kak Fatimah yang telah menabur bakti selama hampir 19 tahun di sekolah sebelumnya. 19 tahun bukanlah suatu jangkamasa yang singkat.sungguh lama dan sepanjang 19 tahun berkhidmat, banyak jasa-jasa yang dicurahkan kepada anak-anak murid dan pada sekolah.

Beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seberang Batu Hampar berkuatkuasa 01/02/2013 yang lalu. Sejujurnya perpindahan ini sungguh mengejutkan ramai guru termasuk saya pun terkejut sekali

" untuk makluman...saya dah dapat surat tukar" kata beliau pada 04/-2/2013 ( pagi Isnin yang lalu)  sebaik saja beliau sampai di bilik guru. saya yang sedang duduk di kerusi terus bangun pergi membaca surat pindah beliau.

Saya mendoakan semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik pada beliau dan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan-urusan beliau di sekolah baru.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k