Rembau: Hasrat seorang pelajar lelaki Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Alor Gajah, Melaka, bersarapan nasi lemak dibekalkan ibu bersama rakannya di asrama pusat kemahiran itu tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Seremban-Tampin dekat Kota, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Mohamad Abdurrahman Azmi, 21, pelajar jurusan Diploma Teknologi Telekomunikasi menunggang motosikal Honda EX-5 dari arah Rembau ke Tampin itu meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta Honda Hybrid dari arah bertentangan.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bapa mangsa, Azmi Ahmad, 50, berkata, arwah pulang ke rumah mereka di Taman Seri Rembau, di sini, malam kelmarin kerana mahu mengambil duit belanja dan bergerak pulang ke kolej ADTEC pagi semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohamad Abdulrahman apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta, semalam.
Kesiannya...da ajalkan....dlm skjap je nyawa bole hilang.....harap2 keluarga dia tabah...
BalasPadamInnalillah....Al-fatihah...
salam awak!
BalasPadamdatang singgah sini. setelah lama tak jenguk blog neh! huhuhu
entah laa knepa saya akan terasa sangat kalau ada kejadian2 macam neh. tambah untuk budak2 muda. kemalangan dan meninggal dunia. hurmmm. semoga roh dicucuri rahmat
cik sue,
Padamsedih bca berita2 mcm ni..
Ena's Palace,
BalasPadambila sudah sampai masa..tak akan cepat walau sesaat, dan tak terlewat walau satu saat