Rabu, Februari 13, 2013

[ hebat ] lelaki ini baiki komputer menggunakan kaki


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, peribahasa ini tepat menggambarkan kecekalan dan ketabahan seorang lelaki yang bernama Li Guoqing di Haian, China membuka kedai membaiki komputer di China.Apa yang lebih istimewanya Li Gouqing, 36 tahun ini adalah lelaki yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan beliau melakukan semua kerja-kerja membaiki komputer dengan menggunakan kaki.

Li Guoqing ditakdirkan dilahirkan ke dunia ini tanpa kedua-dua lengan, semasa beliau berusia 4 tahun, beliau telah diajar oleh ibu bapanya untuk melakukan semua kerja dengan menggunakan kaki. Semasa beliau meningkat remaja beliau telah memohon pelbagai pekerjaan,namun semua permohonan menemui kegagalan, dari kekecewaan tersebut beliau telah berazam untuk memulakan perniagaannya sendiri dengan membuka kedai membaiki komputer. Beliau juga dengan usahanya yang tanpa meegnal penat lelah berjaya juga membuka cafe internet.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k