Jumaat, Ogos 24, 2012

BAGAIMANA DUIT DIBUAT





Minggu lepas seorang sahabat saya ada bagitahu yang dia nak keluarkan duit dia dari bank sebanyak RM100,000 untuk masukkan duit tu ke dalam bank partner bisnes dia. Tapi bank ketika itu bagitahu dia yang mereka tak ada duit nak bagi dan kalau nak keluarkan kena bagitahu 3 hari awal.

Memang terkejut jugaklah kenapa bank tak ada duit nak bagi keluar sedangkan bank tu memang jenis bank yang ramai orang buat deposit dan bank yang ada di mana-mana…motonya. Tapi bila dah faham bagaimana duit dicipta jadi perkara ini jadi tak pelik.

Kita ambik contoh duit Amerika yang sekarang ni boleh dikatakan semua ekonomi dunia bertunjangkan duit dollar. Agak ilmiah dan metamatik sedikit tetapi cuba fahami dan inilah yang dimaksudkan oleh satu hadis Nabi SAW bahawa suatu masa nanti , setiap urusniaga hanya akan menggunakan emas dan perak sahaja.

Struktur pemahaman kita baik institusi perundangan, ekonomi , politik semuanya mengikut satu sistem iaitu sistem kewangan. Sampai sekarang tak ramai yang sedar macamana wang dicipta dan tak ada yang nak persoalkan bagaimana polisi sistem kewangan sekarang dan apa kesan kepada kita sebagai pengguna.

Dalam dunia yang kita tinggal ni , 1% orang menguasai 40% kekayaan dunia dan ada 50% populasi yang hidup dengan purata pendapatan bawah RM7 sehari. Jadi kita faham mengapa kehidupan kita tertekan sekarang ni berbanding orang-orang dahulu.

Sistem kewangan yang ada sekarang ni sebenarnya topeng yang dipakai untuk menutup struktur yang dilumpuhkan Bank Pusat Amerika. Bank Pusat ini ada menerbitkan buku MODERN MONEY MECHANICS .Buku ini menceritakan pasal Proses Pecahan Simpanan (FRACTIONAL RESERVE PROCES) melalui pelbagai istilah perbankan yang kita pun tak berapa nak faham. Istilah ini memang sengaja dicipta untuk memberi kekeliruan bagi menutup cara bagaimana duit dihasilkan sebebarnya.

Penterjemahan istilah perbankan ini sebenarnya di mudahkan dengan kisah begini…Kerajaan Amerika memutuskan yang mereka mahukan wang. Lalu mereka memberitahu Federal Reserve dan meminta wang katakanlah…10 Billion dollar.Federal Reserve pun menjawab, “Baiklah…kitaorang akan beli 10 billion BOND kerajaan dari hangpa.”

   
Kerajaan Amerika kemudiannya ambil beberapa keping kertas dan lukis beberapa corak rasmi di atasnya dan menamakan TREASURY BOND (Bond Perbendeharaan).
Kemudian ia letakkan nilai ke atas bond tadi dengan jumlah 10 Billion. Federal Reserve pula akan mengeluarkan sejumlah kertas untuk mencetak benda yang menarik yang dinamakan Federal Reserve Note juga dengan nilai 10 Billion dollar untuk ditukarkan dengan bond kerajaan tadi.
Apabila pertukaran tadi selesai, kerajaan akan ambik 10 billion reserve note tadi dan depositkan dalam bank. Selesai sahaja depositkan kertas note tadi maka secara rasminya ia menjadi wang legal tender (sah diperlakukan).
Maka bertambahlah bekalan wang Amerika dengan 10 billion dicipta.
Hakikatnya sekarang ini ia lebih kepada dalam bentuk elektronik. Fakta ! Sekarang 3% bekalan wang Amerika adalah bentuk fizikal dan selebihnya 97% wujud dalam komputer sahaja.
Bond Kerajaan cara ia direka sebagai alat “hutang”. Apabila FED beli bond tersebut, dengan duit yang tidak bersandarkan apa-apa , sebenarnya kerajaan Amerika berjanji untuk membayar kembali wang tersebut kepada FED.
Dengan erti kata lain, wang dicipta dengan hutang ( WANG = HUTANG). Jadi bila 10 billion dollar dicipta sudah ada dalam bank, serta merta ia jadi sebahagian dari simpanan bank yang sama dengan deposit-deposit yang lain.
Berdasarkan keperluan simpanan seperti dalam buku Modern Monetary Mechanics ni, bank mesti mengekalkan jumlah simpanan legalnya bersamaan dengan jumlah pecahan depositnya.

Ia kemudian memberi kadar jumlahnya dengan mengatakan di bawah undang-undang sekarang jumlah simpanan terhadap semua urusniaga adalah 10%.Ini bermakna 10% daripada 10 billion dollar yang wajib disimpan adalah 1 billion dollar. Yang 9 billion dollar sebagai lebihan simpanan dan bank boleh gunakan untuk memberi pinjaman kepada orang lain.

Sekarang secara logiknya 9 billion datang dari 10 billion yang asal. Tetapi sebenarnya bukan macam tu. Apa yang berlaku sekarang, 9 billion itu tadi dengan mudahnya dicipta disamping 10 billion deposit asal itu tadi.
Inilah cara bagaimana bekalan wang dikembangkan dalam buku MMM.  Hakikatnya pihak bank tidak membayar pinjaman tersebut dengan wang deposit yang diterima. Jika mereka lakukan begini bermakna tiada wang tambahan dicipta.

Apa yang mereka lakukan adalah menerima nota perjanjian (kontrak pinjaman) sebagai pertukaran dengan hutang di dalam akaun peminjam. Sebab itulah kawan saya nak keluarkan duit bank tak bagi keluar banyak-banyak sangat selain dari alasan tak ada duit sebenarnya duit itu bank boleh kembangkan lagi.
Dengan kata lain, 9 billion tadi dicipta dengan tidak bersandarkan apa-apa hanya kerana adanya PERMINTAAN untuk pinjaman tersebut dan terdapat 10 billion dollar deposit untuk memenuhi simpanan.
Katakanlah ada seorang nak pinjam 9 billion dollar. Deposit tetap dimasukkan dalam akaun bank yang sama. Pernah anda lihat bila loan atau pinjaman lulus sahaja orang yang dapat pinjaman tersebut keluarkan semua dalam bentuk tunai fisikal.

10% daripada 9 billion dollar diasingkan dan ada lebihan simpanan 90% dari 9 billion atau 8.1 billion. Sekarang menjadi wang baru tercipta untuk hutang atau pinjaman lain.Dan 8.1 billion bileh dipinjam lagi dan didepositkan lagi kembali dan tambahan 7.2 billion….kepada 6.5 billion….5.9 billion dan seterusnya.

Proses ini dipanggil kitaran deposit ciptaan wang  hutang secara teknikalnya tanpa kesudahan. Purata secara matematiknya, lebih kurang 90 billion dollar boleh dicipta dari 10 billion yang asal.

Erti kata lain, bagi setiap bagi setiap deposit yang berlaku dalam sistem bank, sejumlah 9 kali ganda jumlah wang boleh diciptakan atas angin tanpa sandaran. Bila ini berlaku, sebenarnya ia menjatuhkan nilai wang itu sendiri dan inilah dipanggil INFLASI.Sebenarnya Inflasi ini juga adalah cukai terselindung dimana kerajaan Amerika menciptakan bond dan menukar jadi dollar dan dollar terdapat di pasaran tanpa sandaran dan terlalu banyak yang buatkan nilainya jatuh. Bila nilai jatuh, harga barang naik inflasi.

Sistem kewangan sekarang yang di kawal dari Sistem Federal Reserve sudah berlangsung selama 94 tahun dan hari ini, nilai duit sudah jatuh sebanyak 96%!Apa jalan terbaik bagi kita mengekalkan kekayaan kita? Simpan emas seperti dinar dan perak..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k