Rabu, Ogos 22, 2012

Shaliza kini boleh pandu kereta selepas pulih daripada penyakit urat saraf Lymphedema Praecox sejak lebih 20 tahun


Shaliza menunjukkan dia kini boleh memandu kereta di kediamannya di Kajang, Selangor.


KAJANG – Tiada apa yang lebih menggembirakan dalam kehidupan bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang menghidap penyakit urat saraf Lymphedema Praecox sejak lebih 20 tahun lalu apabila penyakitnya itu kini semakin pulih.
Ketika mula-mula menghidap penyakit itu kira-kira 23 tahun lalu, seluruh kedua-dua kakinya hingga ke paras pinggang membengkak sehingga menyerupai kaki gajah. Kini keadaan kaki Shaliza Shahzulkarib, 42, sudah jauh berubah.
Ia berikutan kegigihan ibu yang mempunyai lapan orang anak itu untuk mengubat penyakitnya termasuk menjalani pembedahan sejak dua tahun lalu.
Shaliza menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini secara ala kadar sahaja kerana baru kehilangan anak sulungnya, Mohd. Israq Safwan, 22, kerana menghidap barah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k