Rabu, Februari 13, 2013

[ 18 gambar ] JOM LIHAT KEHIDUPAN PEJUANG MUJAHIDEEN CHECHNYA (14 GAMBAR)


Perang Chechnya adalah perang antara Rusia dengan Chechnya dari tahun 1994 hingga 1996 [ Perang bahagian 1] . Selepas jatuhnya Soviet, Rusia menjadi negara berdiri sendiri pada tahun 1991. Rusia telah kehilangan kekuatan ekonomi dan kekuatan tenteranya. Etnik Rusia adalah majoritinya 70% tetapi banyak perbezaan etnik dan agama yang mengancam kesatuan Rusia. Pada era Soviet, sekitar 100 etnik atau bangsa diberikan hak-hak autonomi masing-masing atau ada yang mahu berpisah dari kesatuan Rusia.

Presiden Boris Yeltsin ( Presiden Rusia) pada masa itu, memasukkan masalah-masalah ini dalam kempen pemilihan presiden pada tahun 1990 dengan janji bahawa masalah autonomi ini segera diselesaikan. Undang-undang autonomi ini digubal oleh Boris Yeltsin pada 31/3/1992, iaitu Perjanjian Persekutuan yang telah dipersetujui oleh 86 buah negeri dariapada 88 buah negeri di Rusia.2 buah negeri yang tidak bersetuju itu ialah Chechnya (Negeri yang 90% penduduk Islam) dan negeri Tatarstan. Namun pada tahun 1994, Presiden Tatarstan, Mintmer Saymiey mentandatangani perjanjian persekutuan dengan Kesatuan Rusia, tinggalah negeri Chechnya yang masih berdegil.  Di sinilah konflik berdarah bermula. Rusia menghantar bala tentera untuk menawan kembali Chechnya.

Peperangan secara besar-besaran hanya berhenti pada tahun 2003 setelah Akhmad Kadyrov , salah seorang ketua pembebasan Chechnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Vladimir Putin. Akhmad Kadyrov serta merta dilabel sebagai pengkhianat perjuangan Chechnya kerana bersetuju menjadi barua Putin. Pada tahun 2004 beliau mati dibunuh apabila sebuah periuk api diletupkan di bawah astaka VIP yang diduduki beliau di dalam sebuah stadium. 

Akhmad Kadyrov kemudian digantikan oleh anak beliau Ramzan Kadyrov yang turut mendapat naungan Vladimir Putin. Di bawah pemerintahan Ramzan Chechnya menjadi aman damai tetapi beliau memerintah secara kuku besi dan menggunakan polis rahsia untuk menakutkan rakyat Chechnya. Perang diantara pejuang mujahidin Chechnya dengan Russia sudah berakhir tetapi kini peperangan saudara antara tentera  Razman Kadyrov dan mujahideen di bawah pimpinan Doku Khamatovich Umarov (Dokka Abu Usman) bermula.


Peperangan saudara ini masih berlangsung dan tentera mujahideen Dokka Abu Usman kini semakin lemah. Kesukaran mendapatkan senjata dan kehilangan sokongan kewangan dari Osama Bin Laden menyebabkan mereka kini hanya mampu bertahan di dalam kawasan hutan bergunung ganang pada bahagian utara Chechnya. 


Adakah mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan boneka yang kejam Ramzan Kadyrov? Hanya Allah sahaja yang mampu menjawab soalan ini. Oleh sebab itulah setiap hari jumaat apabila Khatib meminta anda mengaminkan doa...... sila aminkan dengan ikhlas. Mereka memerlukan bantuan.
 




3 ulasan:

  1. I heard about this, kalau tak silap, Chechnya kaya dengan hasil bumi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Nastyna....pelbagai hasil bumi ada di sana..

      Padam
  2. Incredible! This blog looks just like my old one!
    It's on a totally different topic but it has pretty much the same layout and design. Great choice of colors!

    Feel free to visit my blog :: payday loan companies

    BalasPadam

t

k