Isnin, Februari 18, 2013

Gambar Penembak Tepat Tentera Israel Sasarkan Senapang Pada Kanak-Kanak Palestin Disebar Di Instagram..



Kejam dan tidak berperikemanusiaan..Itu yang lebih sesuai digambarkan kepada seorang penembak tepat (sniper) pasukan Tentera Israel (Israel Defence Force) yang memuat naik gambar di mana dia sedang mengacu senjatanya tepat pada kepala seorang kanak-kanak Palestin di Instagram.

Sebuah imej yang membimbangkan di mana seorang tentera Israel mengacu senjatanya pada kepala seorang kanak-kanak Palestin seperti yang boleh di dalam teropong senapang. Foto ini telah dimuat naik ke dalam akaun Instagram peribadi Mor Ostrovski, seorang tentera muda yang berusia 20-an yang bertugas dalam unit penembak tepat tentera Israel.

Mengikut konteks, dengan imej bangunan yang dilihat sebagai latar belakang, memberi gambaran yang kuat bahawa kanak-kanak berkenaan adalah kanak-kanak Palestin.

Menurut sumber, tiada gambar lanjut yang menunjukkan sekiranya kanak-kanak yang disasarkan tadi ditembak. Walaubagaimana pun, gambar berkenaan hanya sebagai satu persepsi dan kemanusiaan. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak Palestin merupakan sasaran bagi tentera Israel.

Hal ini amat menakutkan berdasarkan kejadian yang pernah berlaku di Nablus pada tahun 2006-2007 di mana kanak-kanak telah menjadi mangsa tembakan tentera Israel, yang menggunakan peluru hidup di samping menggunakan peluru getah seperti kenyataan terhadap kejadian tersebut di bawah ini:

Where do you aim? Do you choose some kid at random? 
Yes. Choose someone, aim at his body.
Body?
Center of mass.
10 meters’ range at the center of mass?
 I remember one time we put a kid down. We didn’t kill him but someone hit the kid in the chest and he fell and probably lost consciousness, or at least, it was pretty close. About 10 meters.


Baru-baru ini, Benjamin Doherty menujukkan bagaimana Tentera Israel dengan secara atau tidak sengaja menggunakan Instagram dan lain-lain media sosial untuk mempromosikan diri mereka. Imej seperti ini yang digelar sebagai "perang sporno" oleh Doherty akan menunjukkan imej yang akan menggantikan imej keganasan terhadap rakyat Palestin dengan menggalakkan orang awam di Barat untuk mengenali siapa itu tentera Israel. Sumber entri : klik sini

Di bawah ini merupakan wajah tentera Israel yang mengacukan senjata pada kanak-kanak tersebut:






1 ulasan:

  1. Kafir laknatullah ini tidak akan berhenti sampai hari kiamat, sama-sama angkat tangan moga mujahidin palestin, chechen, pattani dan di mana sahaja mendapat kemenangan

    BalasPadam

t

k