Sabtu, Ogos 04, 2012

Pemimpin keluar tidak jejas BN [ betul ke.?? ]





NAJIB dan Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa bersama ahli MT UMNO di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR – Kekuatan Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat dan terjejas dengan tindakan dua pemimpin dari Sabah yang keluar parti baru-baru ini.
Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN masih kekal kukuh dan mampu menghadapi cabaran akibat tindakan berkenaan.
“Setakat ini macam-macam khabar angin yang kita dengar tetapi saya yakin kedudukan BN tidak akan tergugat dan kita akan ambil langkah-langkah sesuai untuk memulihkan keadaan dan memantapkan kedudukan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort.
Turut mengisytiharkan keluar BN ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).
Perdana Menteri berkata, ekoran perletakan jawatan Lajim, tempatnya diganti oleh Naib Presiden Persatuan 
Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Isnin Aliasneh sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beauford.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k