Khamis, Ogos 16, 2012

Pokok Pisang Pelik Yang Mengeluarkan Darah Dan Berbuah Nenas






 Penduduk setempat di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang mengeluarkan cecair seperti darah apabila pokok tersebut ditoreh dengan benda tajam.
Secara lazimnya, pokok pisang ataupun di bahagian batangnya, jika ditoreh ia akan mengeluarkan getah yang berwarna putih kejernihan. Namun demikian terdapat sepohon pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam.
Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini,” kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya.
Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.
Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.
Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.
Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k