Ahad, Ogos 05, 2012

Replika LEGO Hari Kebangsaan Singapura (15 Gambar)




Singapura bakal menyambut hari Kemerdekaan mereka yang ke 47 tanggal 9 Ogos ini. Antara perkara menarik yang sering dinantikan warga negara singa ialah perbarisan hari merdeka mereka. Setiap tahun tiket untuk pra-tonton dan hari majlis itu sendiri laku macam IKEA meatballs. Tidak semua rakyat dapat menghadiri acara gilang-gemilang ini setiap tahun. Yes kids, Singaporeans love their N-Day. As a Johorean I can confirm this with you.

Anyway antara perkara menarik yang dilakukan di Singapura ialah penghasilan miniatur perbarisan merdeka mereka menggunakan LEGO. Sejak Stadium Kallang dimusnahkan untuk pembagunan semula pada tahun 2010, perbarisan tahunan kini diadakan di The Float@MarinaBay. Replika sebesar 9 x 2 Meter ini dibina oleh 500 orang sukarelawan dan boleh memuatkan 25 000 minifig Lego. Bagi mereka yang berminat mereka boleh menghasilkan minifig mereka sendiri untuk diletakkan didalam replika ini. Mereka hanya perlu membayar SGD 5(RM12.60) untuk menghasilkan minifig mereka. Hasilk kutipan wang ini kemudiannya disalurkan kepada tabung bantuan duit poket kanak-kanak sekolah yang memerlukan. Jika anda mahu melihat replika ini, ia kini diletakkan di Singapore Flyer sehingga akhir bulan. Enjoice!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k