Rabu, September 19, 2012

7 Pengajaran Tersirat Filem Pendekar Bujang Lapok



http://1.bp.blogspot.com/-1N5A1Zf8NWk/UFdQoIv64LI/AAAAAAAAEUU/AcxDSkg8inE/s400/filem+pendekar+bujang+lapok.jpg



Pengajaran yang diperoleh bila menonton filem Pendekar Bujang Lapok :

1. Dapat lihat amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan samseng di Penambang bila anak dara muda diberikan laluan terlebih dahulu dari mereka yang beratur panjang untuk menaiki sampan.

2. Apabila orang kampung sudah jelek dan muak, muncul seseorang sebagai pencetus kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan sikap dan layanan dari samseng Penambang.

3. Apabila muncul seorang yang berani, maka orang kampung yang lain mula bangkit menentang ketidakadilan dan memprotes sebagai rasa tidak puas hati.

4. Kita perlu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum berjuang, seperti Ramlee, Sudin dan Ajis dihantar ke sekolah buta huruf terlebih dahulu.

5. Sabar dan berani melayan karenah MAMBANG-MAMBANG yang buat provokasi murahan dari puak… (macam hantu Jepun, kucing dan mereka suka mengumpat)

6. Lepas tu jangan lupa cari JKK dan Sarip Dol samseng, lawan pun kena pakai otak. Tengok cara Sudin dan Ajiz, pakai tongkat je. (kita pakai garam dan botol mineral)

7. Akhir sekali, dah menang JANGAN NAK PELUK ANAK DARA orang pula ye..



5 ulasan:

  1. hahahahha betoi2 :) yang last sekali tuh paling tepat huhuhu

    BalasPadam
  2. chooii.. betul lah.. dalam jenaka mereka, terdapat pengajaran..

    BalasPadam
  3. kadang2 kita tak perasan..kan cik yuyu

    BalasPadam
  4. Ali Min Nun Wau,sarkis

    BalasPadam

t

k