Jumaat, September 21, 2012
Terusan Suez Adalah ilham oleh Umar bin Khattab
Banyak yang belum tahu , bahwa ternyata Terusan Suez adalah sebuah karya agung berdasar idea dan gagasan cemerlang sekaligus membuktikan kepandaian Amirul Mukminin Umar Bin Khattab. Idea pintar beliau menghubungkan Laut Merah dan Laut Putih Tengah kerana adanya berbagai potensi domestik yang sudah dikenal pada zamannya. Juga kepandaian beliau patut kita berbangga kerananya, adalah kemampuan beliau mewujudkan projek tersebut dalam waktu relatif singkat sehingga terusan tersebut mampu dilalui oleh kapal-kapal.
Di musim dingin tahun 641-642 M, Amru bin Ash ra. membuka terusan yang menghubungkan antara Laut Qalzim dengan Laut Romawi atau di posisinya sekarang, dikenal dengan nama Terusan Amirul Mukminin.
Al Qadha’i bercerita, Umar bin Khattab ra. mengilhamkan pada Amru bin Ash ra. pada saat musim panas untuk mengorek teluk yang berada di samping Fusthath kemudian dialiri air sungai Nil hingga Laut Qalzim.
Belum setahun, teluk inipun sudah boleh dilalui oleh kapal-kapal dan digunakan untuk mengangkut logistik ke Mekkah dan Madinah. Teluk ini juga dimanfaatkan penduduk dua tanah suci itu hingga disebut Teluk Amirul Mukminin.
Al Kindi bertutur bahwa teluk tsb dikeruk pada tahun 32 H dan selesai hanya dalam waktu 6 bulan. Kapal-kapal sudah bisa lalu lalang menyusuri teluk hingga sampai di Hijaz bulan ke tujuhnya.
Terusan ini sangat membantu penduduk Mesir hingga era Khalifah Abu Ja’far Al Manshur , yang dibendungnya untuk memutus aliran dan dukungan Mesir terhadap perlawanan Muhammad bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib di Hijaz.
Sebahagian sejarah juga menyebut, bahawa Amru bin Ash telah memikirkan untuk menghubungkan 2 laut putih dan Merah , namun nampaknya yang dimaksud adalah terusan lain, yang membelah antara Selat Timsah dengan Barzah, antara Mesir dan Sinai hingga Laut Tengah. Tapi rencana ini dibatalkan kerana alasan pertimbangan tentera yang ada pada zaman itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan