Sabtu, September 08, 2012
Alfatihah buat .Ahmad Asraf .moga Allah SWT mencucuri roh bekas anak murid saya yang kemalangan maut Isnin [ 3/9/2012]
REMBAU – 'Tiada cintaku selain cintaku pada Ilahi....muahh39!' Itulah kali terakhir Ahmad Asraf Mohamad Nor, 20, mengemas kini statusnya di laman sosial Facebook sekitar jam 6.44 pagi, Ahad lalu.
Dan sudah ditakdirkan, mangsa menemui ajalnya dalam kemalangan maut pada tarikh 3 September, sekali gus menimbulkan kesedihan buat keluarga dan sahabat handai yang mengenalinya.
Ahmad Asraf yang juga seorang pemain futsal pernah mewakili Negeri Sembilan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2011 dan membantu pasukan meraih kedudukan naib juara.
Mangsa atau lebih mesra dengan panggilan Ayap, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan Jalan Batu Hampar - Pulau Mampat, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, anak bongsu daripada 14 beradik itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pulau Besar selepas bermain futsal, untuk menyambut kedatangan 10 rakannya yang mahu datang ke rumah.
Tidak tunjuk sebarang perubahan
Ibu mangsa, Bibah Said, 62, berkata, dia amat terperanjat menerima panggilan daripada rakan anaknya itu memaklumkan Ahmad Asraf kemalangan dan maut di tempat kejadian.
“Makcik bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan Ayap. Memang tak dapat makcik bayangkan Ayap menanggung kesakitan dalam kemalangan berkenaan.
"Kali terakhir makcik berjumpa dengan Ayap ialah sekitar jam 3 petang semalam sebelum arwah keluar bermain futsal," katanya di pekarangan Hospital Tampin, di sini, semalam.
Menurutnya, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.
"Bagaimanapun menurut rakannya yang turut sama bermain futsal, sebelum pulang ke rumah, arwah ada beritahu malam berkenaan adalah malam terakhir dia bermain futsal,” katanya.
Turut hadir menziarahi keluarga mangsa di hospital adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong, Zaifulbahri Idris yang juga peneraju pasukan futsal Chembong Goalez yang disertai arwah.
Tidak pasang pelita raya tahun ini
Dalam pada itu, Bibah berkata, arwah juga tidak jadi memacakkan kayu bagi memasang pelita pada Aidilfitri kali ini walaupun sudah mencari sendiri 20 batang kayu di kawasan hutan.
Menurutnya, kebiasaannya setiap tahun arwah memasang pelita tetapi tidak pada tahun ini walaupun pelitanya telah dibeli oleh kakaknya.
Jenazah Allahyarham Ahmad Asraf dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yayasan Sofa, di sini.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berkenaan membabitkan dua motosikal jenis Yamaha 125 ZK dan Yamaha RXZ.
Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan seorang lagi mangsa, Mohd Fauzi Aziz, 32, yang turut parah, dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk rawatan lanjut.
sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/malam-terakhir-main-futsal-1.81904
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan