Ahad, September 16, 2012

SEJARAH “SEBENAR” PEMBENTUKAN MALAYSIA – 16 SEPTEMBER 1963


[MALAYSIA.jpg]



16 September merupakan HARI MALAYSIA, di mana pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung dengan Tanah Melaya untuk membentuk MALAYSIA. Walaupun Singapura kemudiannya “dikeluarkan” oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965, namun, MALAYSIA kekal sebgai sebuah kerajaan PERSEKUTUAN. Ramai yang berpendapat dan beranggapan bahawa, Sabah dan Sarawak mendapat KEMERDEKAAN setelah menyertai MALAYSIA. Inilah “masalah”nya kerana generasi muda tidak didedahkan dengan FAKTA SEBENAR sejarah.

Perlu diingatkan, SABAH dan SARAWAK telah terlebih dahulu MERDEKA daripada jajahan BRITISH sebelum menyertai MALAYSIA. Sabah MERDEKA pada 31 Ogos 1963, manakala Sarawak MERDEKA lebih awal pada 22 Julai 1963. Pada ketika itu, kedua-dua pemimpin kerajaan Sabah dan Sarawak sedar, SABAH dan SARAWAK tidak boleh menyertai MALAYSIA jika masih BELUM MERDEKA. Jika tidak, HAK-HAK rakyat tempatan tidak akan dapat dipertahankan. Mungkin ada yang bertanya, mengapa SABAH dan SARAWAK hendak menyertai MALAYSIA jika sudah pun MERDEKA daripada BRITISH?

Sebabnya adalah ringkas, kerana pada waktu itu, SABAH dan SARAWAK menerima tekanan luar yang cukup kuat untuk “mengambil” Sabah dan Sarawak. Sabah pada ketika itu dituntut oleh FILIPINA manakala, Sarawak pula dituntut oleh INDONESIA. Sebab itulah, ketika MALAYSIA terbentuk, Indonesia melancarkan kempen “GANYANG MALAYSIA”. Justeru, perlu diingatkan bahawa, kemasukan SABAH dan SARAWAK ke dalam MALAYSIA ketika itu, juga bukanlah atas dasar menjadi “sebahagian” negeri-negeri MALAYSIA seperti sekarang, tetapi adalah sebagai sebuah kerajaan persekutuan. Contohnya lebih kurang macam di U.S., di mana kita seolah-olah memiliki tiga kerajaan yang disatukan sebagai sebuah KERAJAAN PERSEKUTUAN (Tanah Malaya, Sabah & Sarawak).

Itulah sebabnya, Sabah mempunyai syarat 20 PERKARA dan Sarawak pula mempunyai syarat 18 PERKARA ketika menyertai Malaysia. Tujuan syarat-syarat ini adalah untuk memastikan hak rakyat tempatan Sabah dan Sarawak adalah terjamain dan tidak diganggu gugat oleh Tanah Malaya. Selain itu, jika dilihat kepada struktur pemerintahan negeri, SABAH dan SARAWAK merupakan hanya dua negeri di Malaysia yang menggunakan Sistem Kabinet Menteri dalam pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu, adalah jelas di sini bahawa, SABAH dan SARAWAK hanyalah BERSEKUTU dengan kerajaan Tanah Malaya untuk membentuk MALAYSIA, dan bukannya menjadi sebahagian negeri di dalam Malaysia.

sumber : Here

3 ulasan:

  1. aduhai.. mana satu yang betul ni? sne sini ckp lain.. buku teks un lain... smpi da xpham da ape yg dibcew.. dn dingar un da xtau nk beza.. pening2

    BalasPadam
  2. satu lagi...yang terselindung, tanpa diketahui oleh rakyat...Kemasukkan 2 buah negeri ini yang majoritinya BESAR bumiputera adalah untuk mengimbangi populasi kaum cina yang semakin meningkat di semenanjung, penang dan singapura...kerana TAR takut melayu di semenanjung akan jadi seperti melayu di singapura...fakta!

    BalasPadam
  3. yang benarnya Sabah dan Sarawak wujud sebagai negara berdaulat setaraf dengan Tanah Melayu dan Malaysia itu hanya persekutuan yang menyatukan.

    BalasPadam

t

k