Isnin, Ogos 06, 2012

Apakah Mars Curiosity Rover? (15 Gambar)




Baru beberapa jam yang lalu NASA mengumunkan bahawa probe terbaru mereka iaitu Mars Sicence Laboratory (MSL) berjaya mendarat dengan jayanya di permukaan planet Marikh. MSL atau nama timangannya Mars Curiosity ialah rover robotik ketiga yang berjaya mendarat di permukaan planet Marikh. Tujuan utama penghantaran Mars Curiosity ialah


  • Memastikan sama ada Marikh mampu menganggung kehidupannya
  • Mengkaji cuaca Marikh
  • Mengkaji geologi Marikh
  • Mengumpul data untuk misi penghantaran manusia ke Marikh


Mars Curiosity ialah rover terbesar yang pernah dihantar oleh NASA. Ianya dua kali ganda lebih besar dan lima kali ganda lebih berat dari rover Spirit dan Opportunity yang dihantar pada tahun 2004. Berat keseluruhan rover ini ialah 900 kilogram! Kerana itulah NASA mencipta sistem pendaratan yang baru khas untuk Curiosity. Kerana atmosfera Marikh yang tidak mempunyai udara, poendaratan menggunakan payung terjuan sahaja tidak memandai. Sebelum ini untuk misi pendaratan berkembbar rover Spirit dan Opportunity, sistem pendaratan menggunakan beg udara digunakan. Impak pendaratan diserap oleh beg udara. Untuk Curiosity sistem ini juga tidak memandai dan tidak boleh memastikan pendaratan yang selamat

Sebuah sistem "Kren Angkasa" dicipta oleh NASA untuk misi terbaru ini. Pada ketinggian 7.5 meter dari tapak pendaratan di Gale Crater, sistem pendaratan menggunakan roket akan diaktifkan bagi memperlahakan kelajuan. Ianya kemudian akan terapung sebelum menurunkan Curiosity dengan menggunakan sistem kabel Kren Angkasa. Selepas itu kabel akan diputuskan dari sistem pendaratan sebelum ianya terbang ke kawasan lain dan terhempas. Sistem ini tidak pernah digunakan dalam mana-mana misi angkasa sebelum ini. In all honesty sistem Kren Angkasa ini lebih mengingatkan kami kepada sistem pendaratan dari permainan video Sci Fi LANDER yang popular akhir 90-an dahulu. Awesome!

Curiosity akan melakukan misi saintifiknya selama 2 tahun dan dijangkan bergerak sekurang-kurangnya 17 kilometer dari tapak pendaratan. Ianya diperkasakan dengan Generator Thermoeletrik Radioisotope yang menggunakan Plutonium 238. Haba yang dihasilkan dari pereputan isotop ini akan diubah menjadi tenaga eletrik sepanjang misi Curiosity.Secara keseluruhan 4.8 kilogram Plutonium 238 akan digunakan. Seb baik tak meletup semasa pelancaran.

Oh just so you know misi ini bermula 26 November 2011. Lama juga untuk menghantar robot ini ke Planet Marikh. Diharap misi ini akan berjaya kerana NASA hanya membelanjankan USD 2.6 Billion untuk misi ini. Mungkin ianya nampak macam mahal tetapi akibat masalah ekonomi yang teruk di USA, USD 2.6 billion ini bolehlah dikatakan murah untuk standard NASA.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k