Rabu, Ogos 15, 2012

Pingat emas Sukan Olimpik 'lesen' Pandelela kahwin






PANDELELA (kanan) bersama atlet China, Chen Ruolin (tengah) dan penerjun Australia, Brittany Broben menunjukkan pingat masing-masing pada majlis penyampaian pingat acara 10m platform invividu Sukan Olimpik 2012 di Pusat Akuatik, London minggu lalu.


"SELAGI belum dapat emas Olimpik, jangan kahwin dahulu."
Demikian seloroh Hartini Lamim, ibu ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang melakar sejarah muncul atlet wanita pertama negara meraih pingat dalam temasya Olimpik.
Mengakui tidak ada halangan sekira- nya anak keduanya daripada empat adik-beradik itu mahu menamatkan zaman bujang pada usia muda, Hartini, 44, begitupun mahu Pandelela memartabatkan kariernya selaku antara penerjun terbaik dunia terlebih dahulu termasuk menggenggam emas Olimpik selepas ini.
"Nonong (nama manja Pandelela) masih muda, usianya baharu 19 tahun, jadi ada baiknya dia mendapatkan kejayaan lebih tinggi terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga," kata Hartini sambil ditemani suaminya, Pamg Anak Joheng di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
Ketika ditanya jika bakal mendapat menantu dalam kalangan atlet, jelas Hartini: "Tidak kisah, asalkan menghormati orang tua dan mampu membahagiakan Nonong.
"Buat masa ini, Nonong tidak beri- tahu kami sudah ada teman istimewa atau tidak. Malu agaknya."
Pada masa sama, Hartini juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada anak gadisnya itu sejak berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik di London baru- baru ini.
"Nonong banyak bantu kami seperti bayar sewa rumah dan beli kereta ba- haru kerana keluarga kami bukan orang senang.
"Sampai sekarang saya macam tidak percaya Nonong disambut meriah seperti selebriti di sini (KLIA), saya masih terbayang keletahnya yang semasa kecil suka makan di bawah pokok.
"Saya harap dia sentiasa merendah diri dan tidak sombong kerana perjala- nannya masih jauh dalam bidang ini," katanya.
Dalam pada itu, Pamg, 46, turut ber- cadang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman mereka di Samarahan, Sarawak pada 19 Ogos ini.
Ditanya adakah keluarga mereka bakal memberikan hadiah istimewa buat Pandelela, Pamg memberitahu:
"Saya sudah memberikannya ciuman. Rindu... sudah satu tahun tidak jumpa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k