Ahad, Ogos 26, 2012

Walcott tidak ikut jejak van Persie



















WALCOTT (kanan) tidak akan meninggalkan Arsenal seperti dilakukan van Persie yang memilih untuk berhijrah ke United.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendedahkan pemain sayap, Theo Walcott tidak akan menjadi bintang The Gunners seterusnya yang meninggalkan Emirates.
Sebaliknya, Wenger berhasrat memburu pemain-pemain hebat bagi memperkuatkan pasukannya pada saingan Liga Perdana England musim ini.
Kontrak Walcott bakal tamat pada akhir musim ini dan dia masih belum memberi kata putus berhubung kontrak lanjutan.
Juara Eropah dan Piala FA, Chelsea dikaitkan dengan pemain England itu.
Namun Wenger mendedahkan Walcott berhasrat kekal di Arsenal dan pengendali Perancis itu yakin dia tidak akan menuju pintu keluar Emirates sebagaimana yang dilakukan oleh Robin van Persie dan Alex Song.
"Kami masih mencuba (untuk melanjutkan kontrak itu) dan kami akan menyelesaikan dengan apa juga cara," ujar Wenger kelmarin.
"Kami mahu menyelesaikan kontrak Walcott dan mengekalkannya bersama kelab ini. Walcott juga memiliki hasrat yang sama apabila dia mahu kekal bersama Arsenal. Kami akan mencari persetujuan bersama kelak."
Wenger kini memiliki dana sebanyak £40 juta (RM196 juta) selepas menjual van Persie ke Manchester United dan Song ke Barcelona.
Beliau telah berjaya mendapatkan pemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Olivier Giroud pada akhir musim lalu.
Arsenal juga dikaitkan dengan pemain sayap Sevilla, Jesus Navas dan pemain tengah Rennes, Yan M'Villa pada minggu ini.
Wenger dilaporkan tidak akan menolak kemungkinan untuk mendapatkan beberapa pemain sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pemain pada 31 Ogos ini.
"Kami hanya akan mengambil pemain-pemain yang memiliki sesuatu yang luar biasa. Kami inginkan beberapa pemain baharu pada posisi tertentu tetapi secara keseluruhan kami sudah memiliki satu pasukan yang kuat." - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k