Isnin, Ogos 06, 2012

Wanita adalah insan paling istimewa dijadikan Allah SWT








Wujud wanita memang tidak dapat dinafikan penuh misteri, mudah tersentuh dan terkadang sulit untuk difahami..

Terkadang ia mengalirkan airmata di saat ia memperoleh kesenangan dan juga ia tersenyum tatkala hatinya dirundung kedukaan.. Tidak ada satu pun yang jelas mengenai wanita kerana itulah mereka dianggap "INSAN ISTIMEWA"..

Lalu apakah sebenar-benar bahagia yang wanita inginkan? Apakah memiliki kemewahan, kecantikan, pasangan tampan ataupun??

apabila seorang wanita menerima rasa cinta seorang lelaki dan saat dirinya dilimpahi dengan kalimah "AKU CINTA KAMU", ia tersenyum gembira..

Namun gembira itu hanyalah sekadar rasa yang belum terlengkap bahagia.. Mengapa ya??

Aneh ya, wanita disaat seorang lelaki melafazkan tiga kata lainnya "AKU TERIMA NIKAHNYA" ia bahkan menangis..

Mengapa??

Hanya ada satu jawapan yang pasti.. Pada detik kalimah itu dilafazkan, ia justeru bukan dirinya yang dulu.. Dirinya bukan lagi menjadi tanggungjawab ibu bapanya dan tangisnya bukanlah tanda berduka melainkan ia terharu.. Terharu kerana hadir seorang lelaki yang merelakan pundaknya untuk memikul seluruh bahagia dan derita wanita tersebut selama ia bergelar isterinya..

Dua kalimah yang berbeza dan turut disambut dengan rasa berbeza.. Walaupun terdetik rasa gembira di hati para wanita mendengar kalimah "AKU CINTA KAMU" dari kekasih hati, namun mereka hanya menanti satu kalimah yang terucap ringan di mulut tetapi berat untuk dilaksanakan iaitu "AKU TERIMA NIKAHNYA"..

Tidak selamanya seorang wanita itu hanya mahu bergelar kekasih dan mendiami hati seorang lelaki tanpa satu ikatan yang suci..

Wanita mungkin gembira menjadi kekasih seorang lelaki.. Tetapi wanita akan bahagia bila dia adalah isteri kepada seorang suami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k