Isnin, Ogos 06, 2012

Suasana bila India terputus bekalan elektrik minggu lalu [ 15 gambar ]



Isnin minggu lalu India mengalami gangguan elektrik terbesar dalam sejarah dunia. Seramai lebih 650 Juta rakyat India bergelap dan berkuap apabila bekalan elektrik terganggu selama dua hari. Ini bermakna pada awal minggu lalu hampir 10% populasi dunia bergelap. Gangguan elektrik berlaku pada bahagian utara dan timur India. Kesesakan lalulintas India yang memag sudah lagendary semakin senggama atas kerana ketiadaan lampu isyarat. Sistem keretapi Delhi juga terhenti kerana ketiadaan elektrik.

The sad part about all this is walaupun gangguan ini sadis, di India masalah bekalan elektrik yang tidak stabil adalah perkata normal. Di sesetengah kawasan di India, anda perlu membeli generator elektrik sebagai back up apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. Tambah menyedihkan sebenarnya ialah ramai warga India yang memang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik asas. Hidup macam zaman batu atau kalau ada skill macam McGyver terpaksa mencuri bejalan elektrik.

Buat masa ini sebab berlakunya gangguan elektrik ini masih disiasat. Suspek utamanya ialah sistem penjanaan dan pengedaran elektrik yang sudah ketinggalan zaman. Walaupun India ialah sebuah negara yang ekonominya semakin membersar, sistem pengangkutan, pelabuhan dan pengedaran bekalan elektriknya masih lagi ketinggalan zaman. Sungguhpun Perdana Menteri Manmohan Singh berjanji kerajaan akan melaburkan 1 Trillion Dollar untuk projek penaiktarafan menjelang 2017, ramai merasakan ia tidak akan berjaya menyelesaikan masalah sekarang,












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k