Sabtu, September 01, 2012

Cara-cara memasak Mee Goreng Mamak







BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram mi kuning, cuci dan toskan
1 keping tauhu keras, dadu kecil dan goreng, toskan
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 cekak kuchai, hiris pendek2
3-4 kelopak kobis bulat, hiris kecil
2 biji telur, dipukul sedikit
1 biji tomato, didadu
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukup nya
1 kiub ikan bilis (optional)
15 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Hirisan cili hijau dan merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos tomato, sos tiram, udang , kiub ikan bilis (kalau guna) dan tauhu, kacau rata dan tuang sedikir air (anggaran 1/3 cawan)dan biar masak sekejap.

Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur mengeras sedikit dan kacau hancur. Gaul rata dan masukkan kicap pekat. Tambah sayur kobis dan mi kuning, gaul rata dan masukkan kuchai, tomato dan taugeh. Tambah kicap cair secukupnya, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan dengan menabur hirisan cili hijau dan merah. Sedap dimakan selagi hangat bersama hirisan timun dan sos cili atau tomato....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zam

t

k