Rabu, September 12, 2012

[Kreatif] Cawan Biskut: Cawan Kopi Yang Boleh Di Makan



Bagi golongan yang malas nak basuh cawan lepas minum kopi, cawan yang diperbuat daripada biskut ini mungkin menjadi pilihan hati..Apa yang susah nya, lepas minum je air kopi, korang boleh terus makan cawan tu..Senang kan? Kalau nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh usha gambar kat bawah ni..

Cawan Biskut atau lebih dikenali sebagai "The Cookie Cup" ini telah direka oleh seorang pereka yang berasal dari Venezuela iaitu Enrique Luis Sardi dengan usaha sama sebuah syarikat kopi Itali, Lavazza.

Cawan Biskut ini diperbuat daripada pastri yang disalut dengan gula aising, yang berfungsi sebagai penebat yang menjadikan cawan tersebut kalis air seterusnya membolehkan anda menggunakan cawan tersebut untuk mengisi air kopi. Cawan Biskut telah berjaya mengutip ratusan anugerah dalam bidang Ekologi, Pemasaran, Strategi Perniagaan dan Sektor Reka Bentuk.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zam

t

k