Selasa, September 18, 2012

Pendedahan Wajah Pengarah "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW


Kesan daripada penerbitan video yang menghina Islam, "Innocence of Muslims" telah merebak hampir ke seluruh dunia..Sehingga kini, pelbagai gerakan tunjuk perasaan telah diadakan bermula daripada Morocco hingga ke Malaysia..Bagi korang yang nak tahu siapa sebenarnya pengarah video yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam, meh baca kat bawah ni..

Ini adalah gambar pertama lelaki yang dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Besseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Becile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pengarah yang bertanggungjawab membikin filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhamad S.A.W.

Salah seorang pelakon filem itu, Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah yang berusia 55 tahun itu.Nakoula merupakan seorang yang menganut agama Kristian Koptik kelahiran Mesir dan kini tinggal di California. Sebelum ini, beliau merupakan seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dan umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah dilaporkan terbunuh manakala beribu-ribu lagi cedera dan malam tadi, rusuhan telah mula merebak hingga ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan Amerika Syarikat untuk menghantar pasukan elit Marin bagi melindungi kedutaan.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun yang terlibat dalam melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwini oleh Nabi Muhamad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam terhadap dirinya.

"Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George ," katanya. "Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhamad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya."

"Saya penganut Katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya terpaksa mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari kerana berasa diri saya telah dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem tersebut dan apabila orang menonton filem itu, mereka akan melihat saya."

Gurji berkata, dia dan pelakon lain percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi berjudul "Desert Warrior". Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

"Saya diberitahu telah diberi watak Hillary, pengantin muda kepada watak George," katanya. "Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah sewaktu zaman purba."







2 ulasan:

  1. Balasan
    1. semua umat islam di seluruh dunia perlu mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW ini..

      Padam

t

k