Isnin, Julai 30, 2012

Negeri Kelantan Darul Naim: Mari Kenali Dengan Lebih Dekat Negeri Saya: Belajar Loghat Kelantan





             Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang 
                                        juga Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini
                                                [ SULTAN YANG BERJIWA RAKYAT]



              Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang 
                                            juga Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini












Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang sangat mengambil berat terhadap rakyatnya....



5038436957 218f063089 (Video) Sultan Muhamammad ke V   Kelantan
                Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang juga   Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini

              Sultan Muhammad ke-V yang juga Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini


Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Bendera Negeri Kelantan
Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.


Jata Negeri Kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"



Bahagian berwarna Hijau Negeri Kelantan Darul Naim


Berikut dinyatakan salasilah sultan-sultan yang pernah bertaktha di Kelantan.

1. Raja Kumar ( 1411-1418M)

2. Sultan Iskandar ( 1418-1465M)

3. Sultan Mansor Syah ( 1465-1526M)

4. Sultan Gombak ( 1526-1584M)

5. Sultan Ahmad ( 1584-1588M)

6. Sultan Husin ( 1588-1610M)

7. Cik Siti Wan Kembang ( 1610-1663M)

8. Raja Loyar ( 1663-1649M)

9. Raja Umar ( 1675-1719M)

10. Long Besar atau Long Bahar ( 1719-1733M)

11. Long Sulaiman ( 1733-1756M)

12. Long Pendek ( 1756-1758M)

13. Long Muhammad ( 1758-1762M)

14. Long Gaffar ( 1762-1775M)

15. Long Yunus ( 1775-1794M)

16. Sultan Muhammad ( 1794-1839M)

17. Sultan Muhamad II atau Sultan Muhamad Mulut Merah( 1839-1886m)

18. Sultan Muhammad III ( 1886-1900M)

19. Sultan Muhammad Ke IV- ( Long Senik b.Long Kundur) ( 1900-1920M)

20. Sultan Ismail (1920-1944M)

21. Sultan Ibrahim Petra ( 1944-1960M)

22. Sultan Yahya Petra ( 1960-1979M)

23. Sultan Ismail Perta ( 1979- 2010)

24. Sultan Muhammad Ke V [ Sultan Muhammad Faris Petra] [ 2010- sekarang]


Senarai Menteri Besar Kelantan


Berikut merupakan senarai Menteri Besar Kelantan:[1]
#NamaTempoh
perkhidmatan
PartiZaman Pemerintahan Sultan
1YTM Engku Sri Maharaja Perdana Mentri Long Abdul Ghafar1775 - 1794-Sultan Long Yunus
2Wan Mahmud bin Wan Ibrahim1800 - 1835-Sultan Muhammad I
3YTM Raja Kampung Laut Tuan Besar bin YTM Raja Muda Ismail1835 - 1839-Sultan Muhammad II & Yamtuan Muda Long Jenal
4Engku Besar Perdana Menteri Engku Long Zainal Abidin bin Long Abdul Ghafar1839 - 1851-Sultan Muhammad II
5Nik Abdul Majid bin Nik Yusoff1851 - 1885-Sultan Muhammad II
6Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid1886 - 1890-Sultan Ahmad
7Dato' Maha Menteri Saad bin Ngah1890 - 1894-Sultan Muhammad III - Sultan Mansur
8Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid1894 - 1900-Sultan Mansur
9Dato' Menteri Hassan bin Mohd Salleh1900 - 1920-Sultan Muhammad IV
10Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud bin Nik Ismail1921 - 1944-Sultan Ismail
11Dato' Seri Setia Raja Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud1944 - 1953BNSultan Ibrahim Petra
12YBM Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah bin YTM Raja Dewa Long Zainal Abidin1953 - 1959BNSultan Ibrahim Petra
13Dato' Bentara Jasa Ishak Lotfi Omar1959 - 1964PASSultan Ibrahim Petra - Sultan Yahya Petra
14Dato' Seri Paduka Raja Mohd Asri bin Muda1964 - 1973PASSultan Yahya Petra
15Dato' Biji Sura Muhamed bin Nasir1973 - 1978BNSultan Yahya Petra
16Dato' Bentara Kanan Mohamed Yaacob1978 - 1990BNSultan Yahya Petra - Sultan Ismail Petra
17Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat1990 - kiniPASSultan Ismail Petra - Sultan Muhammad V

[sunting]



Kelantan Darul Naim, atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri yang terdapat di semenanjung Malaysia. Mempunyai keluasan lebih kurang 14, 922km persegi terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand di utara. Berdasarkan bancian tahun 2000, penduduk Kelantan mempunyai seramai 1.313.014 orang dan kaum Melayu merupakan 95% terdapat di sini, diikuti kaum Cina 4.4%, Kristian 0.2% dan lain-lain 0.2%. Terdapat 9 daerah di Kelantan antaranya :-

  1. Daerah Kota Bharu - yang merupakan ibu negeri Kelantan
  2. Daerah Pasir Mas
  3. Daerah Tumpat
  4. Daerah Pasir Putih
  5. Daerah Bachok
  6. Daerah Kuala Krai
  7. Daerah Tanah Merah
  8. Daerah Gua Musang
  9. Daerah Kecil Lojing
Kelantan mengalami iklim tropika yang baik di mana hampir setiap tahun hujan turun dan berselang seli mengikut bulan-bulan tertentu. Bulan November dan Disember merupakan bulan-bulan yang paling banyak terima hujan dan di dalam tempoh 2 bulan ini, biasanya banjir akan berlaku di Kelantan. Suhu di Kelantan secara puratanya adalah 21'c


SEJARAH NEGERI KELANTAN

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.


Bahasa Kelantan...



1. Agah = sombong

2. Aloh la = mengeluh

3. Bekok = bergurau

4. Bekwoh = kenduri...biasanya kenduri kawen

5. Bera = lari bertempiaran

6. Beso = biasa

7. Blana = banyak..kuantiti yang banyak

8. Blana kokna = terlalu banyak kuantitinya

9. Blarok = rombongan ke rumah pengantin

10. Bleber = membebel/berleter

1. Blengah = melekit lekit

12. Blikat = bahagian tulang belakang

13. Bojen = fesyen/style rambut/gunting rambut

14. Borak = semakin parah/sakit teruk

15. Brehi = suka/minat

16. Brembah = bergaduh - untuk haiwan (kucing)

17. Brona = perangai (baby menangis teruk)

18. Brunga = berlari

19. Cakduh = melakukan kerja sambil lewa/kurang kemas

20. Cakpuh-cakpuh = melompat-lompat

21. Cedung = bersawah

22. Cekak = larat

23. Cetong = gayung

24. Cok = cangkul

25. Cokek = perbuatan mencucuk cari ke pinggang orang lain

26. Cokoh = duduk

27. Colek = pencicah

28. Comey lote = terlalu cantik

29. Culah = liar

30. Derak = keluar bersiar-siar

31. Dumoh = rumah

32. Ejas = memikat

33. Gege = bising

34. Glecoh = gelincir

35. Glegaa = lantai

36. Gorek = pengasah pensil

37. Gretok = jambatan

38. Gubak = kedudukan yang terakhir (exam dapat no.last)

39. Hambak = kejar

40. Hudoh banga = terlalu hodoh

41. Igak = tangkap


42. Ite lege = hitam pekat/terlalu hitam


43. Jela = pelahap


44. Jenero = tertidur


45. Jerik = menangis


46. Jet / dejet = perbuatan menedang


47. Jolo = betul


48. Jula = dahan pokok/ranting


49. Kalar = pensel warna


50. Kale = pensel








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k