Sabtu, Julai 21, 2012

Kemalangan Helikopter Bell 212 TUDB, Kebawah DYMM Sultan Brunei berkenan utus takziah





Sultan yang sangat berjiwa rakyat..




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada keluarga yang terlibat dalam nahas Kemalangan Helikopter Bell 212 Tentera Udara Diraja Brunei di Ulu Belait yang telah berlaku pada hari ini, mengakibatkan kehilangan jiwa, kecederaan dan yang belum ditemui. kemalangan tersebut yang melibatkan 14 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengorbankan sepuluh orang anggota, dua orang cedera, manakala dua orang lagi daripadanya masih belum ditemui.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merasa amat dukacita apabila mengetahui akan kejadian berkenaan dan seterusnya menyampaikan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dan berharap mereka akan banyak-banyak bersabar serta berdoa semoga roh-roh mereka akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Bagi mereka yang cedera dalam kemalangan tersebut, banginda juga mendoakan semoga mereka akan lekas sembuh.

Dalam pada itu, baginda jua seterusnya menitahkan supaya langkah-langkah segera dan berterusan diambil oleh ABDB dan agensi-agensi berkenaan bagi mencari mangsa-mangsa yang masih belum ditemui.

Berikutan daripada kejadian tersebut, baginda telah berkenaan berangkat ke Pangkalan Angkatan TUDB di Kampung Rimba untuk melihat sendiri secara dekat mangsa-mangsa yang terkorban yang telah dibawa pulang daripada lokasi kemalangan.

Juga berangkat ke Pangkalan Angkatan TUDB tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Muda Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan berangkat ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa yang cedera yang sedang menerima rawatan.

Semasa berada di Pangkalan Angkatan TUDB di Kampung Rimba dan di Hospital RIPAS, baginda juga berkesempatan menemui ahli-ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. 






Lawatan ke Hospital

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k