Sabtu, Julai 28, 2012

Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang menggemparkan




KENANGAN...antara video perkahwinan Syafiq dan Yana dalam YouTube.
KENANGAN...antara video perkahwinan Syafiq dan Yana dalam YouTube.
PEKAN: Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.
Man berharap, majlis perkahwinan anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.
“Hampir semua ahli keluarga kami, baik di sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia muda iaitu 14 hingga 19 tahun.

“Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah, ” katanya ketika dihubungi.

Man agak keberatan untuk mengulas lanjut mengenai perkahwinan itu dan enggan membenarkan Harian Metro berjumpa serta menemu bual anak dan menantunya.

1 ulasan:

  1. Lebih baik kahwin muda daripada buat maksiat daripada usia muda..

    BalasPadam

t

k