Selasa, Julai 24, 2012

The Snuggery: Bisnes Peluk Dan Tidur, Hanya Bayar US$60 Untuk 1 Jam



Masalah untuk tidur mungkin merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah orang, terutamanya bagi mereka yang tidur berseorangan..Kini, dengan bisnes "peluk dan tidur" yang sedia ada, masalah tersebut mungkin dapat dikurangkan, cuma perlukan sedia kan duit poket lebih sahaja..Nak tahu apa jenis bisnes tu, meh usha kat bawah ni..

Penfield, New York - Kadangkala apa yang anda perlukan ada satu pelukan yang baik dan di sini, Jackie Samuel akan membantu anda memenuhi keperluan tersebut dengan perniagaan baru nya iaitu "The Snuggery." Anda boleh mendapat satu pelukan yang bernilai tersebut dan sudah tentu, tidak berunsur seks dengan hanya US$60 untuk satu jam.

Samuel, seorang graduan daripada University of Rochester yang berusia 29 tahun ini sedang berusaha untuk menguasai bidang kerja sosial dan memulakan langkah awal kariernya dengan menubuhkan "The Snuggery" pada bulan lalu selepas berakhirnya semester musim bunga, lapor The Henrietta Post dan ia sudah pun mula mendapat perhatian dari orang awam di seluruh negara.

Usaha Samuel juga pernah disiarkan di Fox News, CNN dan dia juga dilaporkan akan muncul  di dalam rancangan "Late Night With Jimmy Fallon" dan siaran "Sirius XM Radio's Playboy Radio." Walaubagaimanapun, Samuel tidak menyangka perniagaannya itu akan mendapat perhatian sebegini pantas.

"Saya sangat suka dipeluk, dan saya anggap ia merupakan suatu perkara yang baik untuk dilakukan. Namun, kebanyakkan orang tidak suka akan idea saya jadi saya terpaksa mengembangkan perniagaan ini secara berskala kecil bagi menyediakan sedikit pendapatan tambahan."

Dia juga pernah menjinakkan diri dalam perniagaan ini pada awal gred persekolahan untuk tujuan suka-suka. Samuel dan kakaknya juga pernah 'menjual' pelukan di tepi jalan untuk satu dolar sekali pelukan dan mereka mendapat US$80 hanya dalam tempoh satu jam.

Samuel juga memberitahu kepada akhbar Metro meskipun dia tidak mendapat kebenaran memperakui sesi dakapannya itu, dia telah pun mengkaji gaya pelukan di dalam "Sutra Cuddle."Walaupun ia mempunyai 100 gaya pelukan yang diperincikan di dalam buku tersebut, dia secara amnya hanya akan melakukan apa yang datang secara semulajadi.

Bagaimana? Sanggup bayar untuk mendapatkan pelukan yang baik?












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k