Sabtu, Julai 28, 2012

Kisah Di Malam Jumaat...sebuah kisah benar..




Apasal... kalau tajuk malam Jumaat jer... mesti kisah lucah ke...??? Sori.. beb... ini kisah lain beb..


Bacalah kisah benar ini dulu sebagai iktibar..., kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.

Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi Apalagi, melatah lah tok imam tadi.

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.

Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k