Isnin, Julai 23, 2012

Sebab-sebab berlakunya Penyakit Paru-Paru Berair atau [ pulmonary edema ]



Respiratory system.
Lungs.



Paru-paru berair bermakna berlaku takungan darah dalam paru-paru. Ia disebut sebagai "pulmonary edema". Umumnya, darah mengalir ke paru-paru dari jantung kanan untuk mengambil oksigen dan mengembalikan karbon dioksida sebelum kembali ke jantung kiri dan seterusnya ke tisu badan. Bila darah yang mengalir ke paru-paru berlebihan dan tekanan darah dalam saluran darah yang mengalir keluar dari paru-paru ke jantung kiri meningkat, darah akan bertakung dalam paru-paru. Apabila ia berlaku, kita akan lemas dengan darah kita sendiri.

Tanda paru-paru berair bergantung kepada kadar berlaku takungan itu dan jumlah darah yang bertakung. Bila ia berlaku dalam masa yang singkat dan mendadak, pesakit akan sesak nafas yang ketara, batuk teruk dan nafas berbunyi seperti mereka yang diserang lelah. Kahak yang keluar pula berbuih dan mungkin berdarah. Bibir pula akan kebiruan, selain jari jemari yang berpeluh teruk. Pesakit juga sukar untuk baring.

Jika takungan berlaku dalam jangka waktu yang panjang, pesakit mudah sesak nafas bila bergerak aktif, berjalan, naik tangga atau mendaki bukit malah bersenam ringan. Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak boleh baring mendatar, memerlukan lebih daripada satu bantal untuk kepala dan sering terbangun pada waktu malam kerana tersedak dan terbatuk-batuk. Selain itu, boleh juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati.

Paru-paru berair biasanya berpunca daripada masalah jantung iaitu kegagalan jantung kerana pelbagai sebab antaranya;

a) Penyakit jantung koronari
b) Penyakit injap jantung mitral yang sempit
c) Penyakit injap aorta yang bocor
d) Masalah jantung berlubang yang berpanjangan atau melebar
e) Penyakit keradangan dinding jantung (kardiomyopati) f) Kekurangan darah merah yang teruk dan berlaku secara akut

Sebab lain:

a) Kegagalan buah pinggang
b) Kerosakan hati yang kronik
c) Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara intravena.
d) Penyakit tiroid yang terlalu aktif.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k