Khamis, Julai 19, 2012

Rahmat Ramadan untuk 8 banduan

NUSAJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan memberi pengampunan penuh serta perintah pembebasan kepada lapan orang banduan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka disambut pada Sabtu ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil berkata, daripada lapan banduan yang akan dibebaskan pada 1 Ramadan, seorang daripadanya, Sapuan Hanin, 58, merupakan banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tambahnya, tujuh banduan lain yang dibebaskan berumur 41 hingga 63 tahun termasuk dua warga Indonesia.
Mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dirujuk di bawah kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Beliau berkata, Sapuan telah menjalani hukuman 24 tahun penjara sejak 1987 atas kesalahan mengedar 6.71 kilogram kanabis di sebuah surau di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian pada tahun yang sama.
Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut beliau, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dipengerusikan Sultan Ibrahim pada 19 Januari lalu telah menimbangkan 32 kes rayuan.
“Seramai 18 orang banduan lain tidak diberi pengampunan dan hukuman dikekalkan,” kata Obet pada sidang akhbar di Kota Iskandar di sini semalam.
Obet yang juga Setiausaha lembaga pengampunan menambah, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga ahli lembaga yang dilantik, Datuk Law Boon King, Datuk Rashidi Mohd. Noor dan Datuk Dr. Harjit Singh Mega Singh.
“Atas nasihat lembaga serta Peguam Negara, dan selepas mempertimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh banduan-banduan tersebut, tempoh hukuman dan kemajuan pemulihan, baginda Sultan Johor dengan limpah kurnia dan perkenan telah mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman untuk beberapa individu,” jelas beliau.
Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi pengampunan kepada Yong Huie Perng yang disabitkan kesalahan ketika dia menuntut di tingkatan enam. Huie Perng kini berusia 45 tahun.
“Dia (Huie Perng) telah menulis surat dan merayu kepada baginda supaya diberi pengampunan untuk bersihkan namanya daripada rekod kesalahan yang lepas,” katanya.
Kata Obet, baginda juga telah meringankan hukuman empat orang banduan hukuman mati kepada hanya hukuman penjara.
Sultan Ibrahim

Mereka ialah Zulkipli Arshad, 36, Abdul Rahman Akif, 57, dan Ridwan Rusli, 42, yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Turut menerima hukuman lebih ringan ialah Norhasnizam Abd. Latif, 36, yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kesemua banduan ini melakukan kesalahan di Johor dan ditempatkan di beberapa penjara di seluruh Malaysia.
“Dengan titah ini, diharap banduan yang dibebaskan dapat menggunakan peluang kedua untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara,” kata Obet.
Kali terakhir lembaga tersebut memberikan pengampunan kepada banduan ialah pada 1 Disember 1997.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k