Isnin, Julai 16, 2012

Gambar Keindahan Amsterdam yang boleh dilawati [ 20 pics]


Belanda atau dalam bahasa tempatan, Koninkrijk der Nederlanden (bermaksud "Kerajaan Tanah-Tanah Rendah") ialah sebuah negara di barat laut benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat. Nama "Belanda" berasal daripada bahasa Portugis iaitu HolandaBelanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan dike (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifat liberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai The Hague sempena bandar di Belanda. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda dan The Hague pula pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda. Di bawah pemerintahan Charles V (maharaja Rom dan raja Sepanyol) kawasan ini (iaitu Belanda hari ini) merupakan salah satu daripada 17 daerah Belanda, iaitu daerah yang meliputi sebahagian besar kawasan yang dikenali hari ini sebagai Belgium,Luxembourg dan Utara Perancis. Selepas mendapat kemerdekaan daripada Phillip II (anak lelaki Charles V) pada 1648, Belanda menjadi sebuah negara republik yang dinamakan Republik Tujuh Daerah Belanda Bersatu (Republiek der Zeven Verenigde Nederlanden/ProvinciënRepublic of the Seven United Netherlands/Provinces). Republik ini menjadi kuasa ekonomi dan penjelajah laut yang mahir pada abad ke-17. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Emas Belanda. Antara syarikat-syarikat perdagangan antarabangsa yang bermula disini termasuklah Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC.
Belanda diserap ke dalam empayar Perancis oleh Napoleon, yang kemudiannya dibebaskan selepas kekalahan Napoleon. Selepas itu, kerajaan Belanda ditubuhkan pada 1815 dengan meliputi kawasan yang dikenali pada hari ini sebagai Belgium dan Luxembourg. Belgium mendapat kemerdekaan pada 1830, manakala Luxembourg berpisah selepas kematian Raja William III. Pada abad ke 19, Belanda sudah menjadi sebuah negara industri berbanding negara negara berhampirannya. Belanda bersifat neutral semasa Perang Dunia I. Di Perang Dunia II Belanda ditakluk oleh Nazi (Jerman) pada Mei 1940, tetapi dibebaskan selepas 1945. Selepas perang, ekonomi Belanda menjadi semakin maju dengan Belanda menjadi ahli anggota ekonomi Benelux dan Komuniti Ekonomi Eropah. Belanda juga menjadi ahli NATO.Belanda merupakan negara perintis Kesatuan Eropah semasa penubuhan organisasi itu pada 1992.

travel photos part36 Amsterdam8 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam10 Travel photos {Part 36} Amsterdam

travel photos part36 Amsterdam12 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam13 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam25 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam26 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam30 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam32 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam34 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam35 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam41 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam42 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam17 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam18 Travel photos {Part 36} Amsterdam

travel photos part36 Amsterdam20 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam21 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam23 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam2 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam3 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam4 Travel photos {Part 36} Amsterdam
travel photos part36 Amsterdam6 Travel photos {Part 36} Amsterdam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k