Jika anda pernah sampai ke Vietnam, anda pasti akan dibawa melawat tempat ini. Terowong Chu Chi - antara terowong yang paling hebat di abad ke 20. Masakan tidak, tentera Amerika banyak yang mati angkara terowong ini. Ia merupakan kubu terkuat dan menjadi antara kubu terakhir dalam penentangan pencerobohan tentera Amerika ke atas Vietnam.
Rangkaian terowong ini sangat kompleks kerana ia sangat panjang dan banyak penjuru, lihat sahaja gambarajah di bawah tu..
Dianggarkan panjang terowong ini mencapai 150 batu, dan saiz setiap ruang adalah berbeza-beza. Begitu juga dengan lorong-lorong atau lohong yang menghubungkan sesetengah ruang di dalam terowong ini. Ia ibarat sebuah penempatan di bawah tanah, lengkap dengan klinik, dapur dan tempat mendapatkan bekalan air. Ia juga sebagai tempat untuk menyerang musuh dan juga penyimpanan senjata. Nyata, kerana ingin mandiri dan semangat kuat menentang tentera Amerika dan mempertahankan tanahair mereka, mereka telah menghasilkan sesuatu yang menakjubkan.
Namun, disebabkan masalah untuk keluar - tandas, dan juga pengudaraan yang tidak begitu baik, banyak askar Vietnam yang menggunakan terowong ini mati akibat penyakit Malaria, selain dari akibat pertempuran. Tentera Amerika telah menggunakan banyak cara untuk menghancurkan tentera-tentera gerila Vietnam ini, antaranya menggunakan anjing, menggunakan air dan yang paling mendapat berita adalah penggunaan bom napalm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan