Sabtu, Julai 14, 2012

[ Ya Allah ] 29 Suspek Ditahan, Dipercayai Makan Orang di hutan Papua New Guinea




Canberra – Seramai 29 orang telah ditangkap di hutan Papua New Guinea selepas mereka didakwa membunuh tujuh orang yang disyaki sebagai bomoh ahli sihir sebelum anggota badan mangsa dimakan, minggu lalu.
Hanya mayat empat daripada tujuh mangsa berjaya ditemui, yang lain, kemungkinan besar telah dimakan.
Menurut pesuruhjaya polis Madang, Anthony Wagambie, otak mangsa dimakan secara mentah manakala buah zakar mereka dimasak sup.
“Mereka tidak rasa perbuatan mereka itu salah malah mereka membuat pengakuan secara terbuka,’’ katanya.
Wagambie berkata, suspek mendakwa mangsa mengamalkan `sanguma’ atau sihir dan mangsa dikatakan mengugut penduduk miskin supaya menyerahkan wang atau seks di atas khidmat yang mereka sediakan.
Justeru dengan makan organ bomoh terbabit, suspek percaya mereka akan menjadi kebal dan tidak tembus peluru.
Kesemua suspek termasuk wanita itu telah didakwa melakukan pembunuhan dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati.
Lebih banyak saksi akan dipanggil memberikan keterangan sebelum polis mengaitkan mereka dengan tuduhan kanibalism.
Wagambie percaya, terdapat antara 700 hingga 1,000 anggota kumpulan berkenaan di beberapa kawasan pedalaman di Papua New Guinea dan kesemua mereka berkemungkinan makan daging manusia.
Kanibalism pernah menjadi amalan penduduk di kawasan pedalaman Papua New Guinea, di mana daging manusia dikenali sebagai `babi panjang’.
Wagambie, berkata, polis dijangka menahan 100 orang lagi berhubung jenayah berkenaan.


sumber : Here





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k