Selasa, Julai 05, 2011

Apa iktibar daripada Kejatuhan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva.??


Abhisit Vejjajiva ketika melawat Selatan Thailand


Abhisit Vejjajiva bersama penyokongnya


Abhisit Vejjajiva di sawah padi


Abhisit Vejjajiva bermain futsal


Abhisit Vejjajiva di dalam komuter di Kota Raya Bangkok


Abhisit Vejjajiva sedang berkempen pilihan raya


di tolak rakyat..


Akhirnya Perdana Menteri Thai, Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin parti Demokrat selepas parti pimpinannya itu kalah pada pilihan raya umum Thai pada Ahad.
Ini sekali gus mengotakan janjinya sebelum ini yang beliau mungkin meletak jawatan sebagai pemimpin parti jika parti berkenaan memperoleh kerusi kurang daripada pilihan raya lepas.
Pada pilihan raya lalu, Demokrat menang 159 kerusi berbanding 172 kerusi sebelum Parlimen dibubar.
Kalau kita menganalisis keputusan terbaru pilihan raya Thailand, Parti Demokrat masih menguasai kubu kuatnya di Bangkok dan wilayah selatan manakala Pheu Thai menang kebanyakannya di wilayah timur laut, utara dan tengah.
Untuk rekod, parti pembangkang Pheu Thai yang diterajui pemimpin de fakto Thaksin Shinawatra memenangi pilihan raya dengan 265 kerusi dan adik perempuan bongsunya Yingluck Shinawatra yang merupakan calon perdana menteri parti itu dijangka menjadi perdana menteri wanita pertama negara ini.
banyak pengajaran yg boleh diperolehi daripada kejatuhan Abhisit Vejjajva ini....yang boleh kita renung-renungkan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k