Ahad, Julai 31, 2011

Chelsea terima permohonan maaf FAM




Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kenyataan anti Yahudi yang ditujukan terhadap pemain tengah Israel, Yossi Benayoun (bawah, kiri) ketika perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur dua minggu lalu, laporAFP.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada Chelsea berikutan peristiwa itu. Bagaimanapun FAM dalam kenyataan media itu tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium. “FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak. “Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Kelab bola sepak Inggeris itu membuat aduan rasmi selepas Benayoun diejek ketika perlawanan pusingan pertama jelajah Asia Chelsea di Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu. Sebelum ini, Chelsea tidak membangkitkan isu itu tetapi meneruskan aduan selepas mengkaji semula perlawanan.
Pada perlawanan itu, Malaysia tunduk 1-0 kepada gergasi bolasepak Inggeris itu hasil jaringan gol kontroversi Digdier Drogba.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k