Jumaat, Julai 15, 2011

Gadis Berumur 14 Tahun Mati Kerana Disebat Selepas Melakukan Hubungan Seks Dengan Suami Orang


Mosammet Hena (Daily Mail)


DHAKA: Seorang gadis yang dihukum sebat kerana melakukan hubungan seks dengan suami orang meninggal dunia selepas menjalani hukuman itu menyebabkan polis menahan empat ulama yang memberi arahan merotan mangsa.

Mosammet Hena, 14, dikenakan 100 sebatan dalam satu fatwa di sebuah perkampungan di daerah barat daya Shariatpur, kata ketua polis kawasan AKM Shahidur Rahman.

Pihak berkuasa mengharamkan mana-mana pihak mengeluarkan fatwa. Kawasan itu terletak 56 kilometer dari ibu kota ini. Bangladesh adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan menggunakan undang-undang sekular.

Namun, segelintir ulama didapati mengeluarkan fatwa untuk memutuskan isu hubungan di luar perkahwinan.

Gadis berkenaan tiba-tiba rebah selepas dia disebat di khalayak ramai dengan rotan buluh sebanyak 70 kali, Isnin lalu, kata Rahman.

Dia kemudian dibawa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian pada hari sama, kata pegawai.
Rahman berkata, lelaki 40 tahun yang didakwa mempunyai hubungan dengan Hena turut dijatuhi hukuman 100 sebatan namun lelaki itu sempat lari dan terlepas daripada hukuman, katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k