Ahad, Julai 17, 2011

Gambar Eksklusif : Majlis Pernikahan Nurul Syuhada Nurul Ain ( Hos Majalah 3) & Amir, Malam Tadi








Hos Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin (27 tahun) dan Raja Amir Shah bt. Raja Azwa (29 tahun) telah mengikatkan tali pernikahan mereka pada 16 Julai 2011 bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz, Nurul Syuhada telah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah dengan mas kahwin sebanyak RM777 & hantaran RM20,111. Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC. Majlis malam tadi turut diiringi oleh Saiful Nizam News TV3 sebagai pengacara majlis.

Majlis akad nikah yang bermula sekitar 8:00 – 10:00 malam tadi berlangsung dalam suasana yang penuh eksklusif. Wedding planner, Khalid & Favors By Eddy telah menggunakan konsep Moroccan untuk majlis pernikahan ini. Pakaian Nurul Syuhada berwarna putih, lengkap bertudung bermaterialkan kaftan Muslimah warna off hasil rekaan pereka terkenal, Radzuan Radziwill.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre

p/s..tahniah diucapkan kepada kedua2 mempelai tersebut..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k