Ahad, Julai 03, 2011

Kerana Terlalu Rindu Pada Ayahnya Kanak-kanak 7 Tahun Memandu Sejauh 32 Km

kerana rindu..


REPUBLIKA.CO.ID, MICHIGAN – Seorang kanak-kanak tujuh tahun tanpa alas kaki memandu kereta 50 km/jam sejauh 32 km sebelum akhirnya polis Michigan memaksanya untuk berhenti.

Anak itu berhenti di zon 55 mph di Caseville Township setelah dua kereta polis mengejar dan memaksa dia untuk memperlahankankendaraan. Dia bertolak dari rumah ibunya di Pontiac Sunfire dengan maksud menemui ayahnya 4,8 km lagi sebelum sampai di rumah ayahnya

“Dia menangis dan terus saja mengatakan bahawa dia ingin pergi bertemu dengan ayahnya,” kata kepala polis Caseville, Jamie Learman.

Polis mulai mencari kereta itu pada hari Isnin setelah menerima telefon dari seseorang yang telah melihat pemadu di bawah umur. Anak itu tinggal bersama ibunya di Sheridan Township, di kawasan Huron County, sebelah utara Detroit. Dia tengah bekerja pada shift malam dan tidak menyedari anaknya lari memandu keretanya.

Anak itu berharap untuk pergi ke rumah ayahnya di Filion, juga di Michigan utara.

Learman mengatakan kepada Detroit Free Press dia takut anak itu akan mengalami kemalangan ketika kereta berbelok ke kanan di jalan pedesaan dan tergelincir ke jurang. “Apalagi dia memandu cukup laju,” kata polis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k